Monday, 22 March 2010

KIsah Suami Isteri

Sepasang kekasih sedang asyik memadu asmara di tepi sebuah tasik, sambil berbual-bual mesra...

Makwe: bang, andaikata saya menjadi bintang...

Pakwe: abang kan jadi Ultramannya

Makwe:kenapa pulak, sepatutnya abg jadi bulan purnamalah

Pakwe:Salah tu, kan ultraman ada bintang kepunyaannya

Makwe: gitu... kalau saya jadi bunga

Pakwe: Abang jadi tukang kebunnya

Makwe: Kenapa bukan kumbang

Pakwe: Sebab kumbang keje dia hanya menghisap madu..sedangkan tukang kebun kerjanya menyiram dan membaja bunga tu setiap hari

Makwe: Wah! hebatnya abg nie... begitu pandai berkata-kata

Setelah puas berbicara dan bergurau senda, bangunlah pasangan kekasih tersebut untuk bersiar-siar... tiba2 si makwe tersepak sebatang tunggul kayu, dan jatuh tersembam ke tanah...bedebik!!!!!! macam nangka busuk daa!!!!

Makwe: Aduh!!!! sakiknya be, (awek tu rupanya minah kelate)

Pakwe: Cilako! punyo tunggul kayu... .buto ko!!!!!, tak nampak ko oghang nak lalu(rupa2nya si pakwe tu orang N9)... sayang takde apa2 ke?

Makwe: Takde sikit je bang... cuma luka sikit jer dahi nie

Pakwe:Nasib baik tunggul kayu, kalau orang tadi memang nahas abg kejekan.

Memang telah ditakdirkan jodoh mereka berdua... selang beberapa bulan
selepas itu pasangan kekasih ini pun mendirikan rumahtangga... 2 tahun
kemudian, si isteri teringat kembali kisah yang lalu sewaktu membawa anak
mereka bersiar-siar di tasik yang sama ketika bercinta dahulu,

Isteri: Bang, ingat lagi tak tempat nie?

Suami: Masakan abg boleh lupa

Isteri: Kalau saya jadi bintang

Suami: Abang jadi beginilah

Isteri: Kenapa bukan Ultraman...

Suami: Kat Malaysia mana ada Ultraman... kat Jepun adalah... apa lah awak nie

Isteri: Kalau saya jadi bunga

Suami: Abang jadi beginilah

Isteri: Apa abg nie... cakaplah betul2

Suami: Apo kono eh dongan ekau nie... dah buang tebiat ko, tak nampak anak kito tu... .kalau dah abg jadi Ultraman ngan ntah apo apo ntah laie, sapo nak bagi makan kek anak kito tu... .yang mengado-ngado nak jadi bintang tu buek apo

Isteri: Abe nie tok supo dulu... .tok rometik lasung, mete2 la saya nie doh tok comey lagi...

Suami: Takdo nak romantik kosmetik do... .

Selepas puas duduk sambil berbalah, maka berjalan pulanglah keluarga tersebut... .tiba2 si isteri tadi tersepak sebatang tunggul kayu(mungkin tunggul yg sama), lalu jatuh gedebuk!!!! ke tanah...

Isteri: Aduh abe sakik nyo!!!!!

Suami: Apo kono eh awak nie... .buto ko, punyo bosa tunggul tu tak nampak ko!!!!!!!!!!

Wednesday, 10 March 2010

23 perkara jangan dilakukan ketika memandu

1. Tidur dengan nyenyak.
2. Membebel tak sudah-sudah.
3. Menyumpah-nyumpah trafik light dan polis trafik.
4. Menghidupkan lampu isyarat tak tentu hala.
5. Membunyikan hon sesuka hati.
6. Menelefon kekasih masing-masing sampai terlentuk-lentuk.
7. Buka cermin tingkap dan meludah sesuka hati.
8. Menunjukkan penumbuk kepada pemandu lain.
9. Melanggar tiang lampu isyarat.
10. Masuk ke lorong bertentangan.
11. Menjerit-jerit tak tentu hala.
12. Menukar seluar.
13. Mandi sambil berkemban.
14. Menggosok gigi dengan air enjin.
15. Meminjam telefon bimbit pemandu lain.
16. Mengurat pemandu lain dan pejalan kaki.
17. Makan sirih.
18. Memesan teh tarik di gerai tepi jalan.
19. Duduk di tempat duduk penumpang.
20. Menari-nari terutama bila dengar lagu Hindustan.
21. Mengorek-ngorek lubang hidung dengan tombol gear.
22. Membaiki komputer yang rosak hardisknya.
23. Menelefon boss anda dan menyatakan anda menyampah dengannya.

Thursday, 4 March 2010

Senyum

1. "Kenapa lelaki perlu beristeri tiga... .
"Jawapannya kerana :
kerana kalau kawin satu isONE
kalau kawin dua isTWO
kalau kawin tiga barulah isTERI... ..

2. SENYUM pada orang tua tanda sayang.
SENYUM pada kanak-kanak tanda kasih.
SENYUM pada kekasih tanda cinta.
SENYUM depan telefon tanda gila,
masih SENYUM lagi... memang sah GILA!

3. " Manusia jatuh CinTa??Tak heran...
"Kuda makan RuMpuT?? Tak aneh...
MONYET pandai picit TETIKUS?? HEBAT!!!! ( MOUSE )
MASIH PICIT??
LUAR BIASA!!!!

4. "Cinta..ibarat kentut...
"makin dipendam makin gelisah...
bila di lepaskan ... ... .
ahhhhhhh lega rasanya... ... .

5.Aku terpaku dek renungan matamu,
hatiku tertanya-tanya,
BENARKAH ini?
nafas ku tertahan,
kau tunduk SEGAN..
lalu ku bertanya,
"kau..kentutkan?"

6. "... bila hidupmu dlm kegelapan,
"maka berdoalah;
danapabila selesai berdoa,
jikakegelapan masih mengelilingimu
maka bayarlah

Kisah tiga anak dara

Tersebutlah alkisah sebuah keluarga aman bahagia yang dianggotai sepasang suami isteri bersama tiga orang anak dara mereka. Nak dijadikan cerita, ketiga-tiga anak dara tersebut melangsungkan perkahwinan mereka secara serentak....... Maka sedih bercampur gumbira menyelubungi hati dan perasaan kedua ibu bapa mereka apabila majlis perkahwinan tersebut selamat dilangsungkan.... Apabila ketiga-tiga pasangan bersiap sedia untuk pergi berbulan madu ke tempat haluan masing-masing, kedua ibu bapa mereka pun dengan tegas berpesan supaya mereka tidak lupa untuk mengirimkan berita sepanjang pemergian mereka walau dengan sepatah dua kata. Supaya tidak membebankan setiap pasangan, ibu bapa mereka mencadangkan agar mereka hanya menulis tajuk iklan yang dapat menggambarkan maksud yang ingin disampaikan. Lalu mereka semua pun bersetuju degan cadangan tersebut........... Seminggu selepas mereka semua pergi ke arah tujuan masing-masing, si ibu menerima sepucuk surat dari anak mereka yang pertama, suratnya amat ringkas, hanya perkataan "Nescafe" yang tertera. Si ibu yang cuba menyelami maksud yang ingin disampaikan, tanpa berlengah menyemak iklan "Nescafe" di akhbar yang berbunyi "Nikmatnya tak terhingga", maka fahamlah si ibu akan maksud yang ingin disampaikan..... Selang seminggu selepas itu, mereka menerima sepucuk surat dari anak mereka yang kedua pula, suratnya juga pendek, hanya berbunyi " Standard Chartered Bank". Apabila disiasat dengan lebih lanjut, iklan Standard Chartered Bank rupanya bermaksud " Besar, Teguh dan Peramah", maka tersenyumlah kedua orang tua tersebut.... Seperti lazimnya mereka pun tertunggu-tunggu akan berita dari anak ketiga mereka, namun minggu demi minggu tidak juga mereka menerima sebarang khabar berita. Mulanya mereka agak risau namun setelah hampir dua bulan berlalu, mereka akhirnya menerima sepucuk surat yang amat dinananti-nantikan, suratnya juga amat ringkas, hanya tertulis perkataan "MAS". Mulanya mereka agak hairan kenapalah anak mereka mangambil masa yang lama sangat untuk menulis perkataan "MAS" namun setelah membaca iklan MAS di surat khabar, mereka pun tersenyum. Di surat khabar, iklan MAS berbunyi," Tiga kali sehari, tujuh hari seminggu..."

Dialog Dua Hantu

Tersebutlah kisah dua orang hantu. Mereka ni baru bertemu lalu mereka pun berborakla untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu. Sepanjang perbualan mereka, Hantu B ni tak habis-habis menggigil. Lalu, Hantu A yang kehairanan ni pun bertanya, "Apsal kau ni asyik menggigil je?" "Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais...sejuk!!" Jawab Hantu B sambil menggigil lagi. "Ooo..kesian... aku dulu mati sebab heart attack." Kata Hantu A ramah. "Kau memang sakit jantung kronik ye? Apsal ko tak gi buat operation? Kalau tak, sure kau tengah lepak-lepak ngan family kau sekarang." Balas Hantu B. "Dah,aku dah buat dah !In fact mase aku mati tu, aku in recovery. Panjang ceritanya..." jawab Hantu A sayu. "Ceritala sikit..Sambil-sambil lepak nih.." "Camni..Aku syak isteri aku main kayu tiga ngan aku. So this one day, aku ingat nak perangkap la isteri aku..Aku pura-pura gi keje tapi actually aku park keta aku kat simpang hujung umah aku je. Seperti yang aku syak, masuk sebuah keta kat carpark umah aku. Aku rilex dulu sebab nak carik mase sesuai tangkap diorang." "So, ko dapatla tangkap diorang?" tanya Hantu B penuh minat. "Tak. Aku cume jumpe isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku heran, mase aku masuk umah tu, aku nampak ade kasut laki kat pintu umah aku. Aku tanye isteri aku tapi die takmo jawab. So aku pun lari-lari sekeliling umah aku nak carik jantan tuh. Abis sume bilik aku carik tapi takde pun.. Last-last, sebab aku penat sangat berlari carik jantan tuh, aku pun jatuh pengsan sebab heart attack. And aku tak sangka aku mati lak..." kata Hantu A mengakhiri ceritanya dengan kesedihan. Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A. Selepas beberapa ketika, Hantu B berkata, "Kenapa kau tak check kat dalam peti sejuk? Kalau kau check kat situ, sure kita berdua still hidup lagi.

Pak Pandir membeli durian

Pak Pandir pergi ke sebuah pekan untuk membeli buah durian... lalu dia menghampiri seorang penjual buah durian yang merupakan orang asli tempatan...

Pak Pandir : "Bang harga durian ini berapa?"
Org Asli : "yang ini.. sepopit sebiji"

Pak Pandir kebingungan mendengar jawapan dalam bahasa orang asli itu kerana dia tidak memahami berapa nilainya sepopit itu.. lalu Pak Pandir buat-buat tahu dan cuba menawarinya..

Pak Pandir : "Bang.. Boleh kurang sikit tak"?
Org Asli : "Boleh aje, nak kurang berape?
Pak Pandir : "Lahupa.. boleh ya!"

Penjual orang asli itu kebingungan.. lalu bertanya pada Pak Pandir...

Org Asli : "Lahupa itu berapa?"
Pak Pandir : "Cakap dulu.. Sepopit itu berapa?"

Belajar Bahasa Inggeris

Miss Ann seorang cikgu perempuan yang mengajar Bahasa Inggeris untuk tahun
1. Dia bagi assignment kat murid-murid suruh cari 3 ayat Inggeris dan kemukakan
pada hari Isnin nanti.

Ketika dalam perjalan pulang, Amin salah seorang anak murid cikgu itu
ternampak sepasang suami isteri keluar dari kereta dan sedang menjerit pada
satu sama lain. Dia terdengar lelaki tu menjerit "Shut up you !!". Apabila
sampai di rumah dia bertanya kepada bapanya, "shut up you" tu Bahasa Inggeris
ke? Bapa dia jawab, iye. Dapat dah satu perkataan, kata Amin di dalam hati.

Lepas mandi dan makan, dia tengok tv cerita Superman. Masa superman
nak terbang dia kata "Superman !!!" dia tanya bapa dia lagi, Superman tu
Bahasa Inggeris dan bapa dia kata yes. Dua perkataan dah, kata budak itu.

Lepas tengok tv, dia ke perpustakaan, dia ternampak ada seorang lelaki
dan seorang perempuan sedang bertengkar berebut buku. Perempuan itu kata
"Ladies first" balik rumah dia tanya lagi dan bapa dia kata itu pun Bahasa
Inggeris. Ah, lega nya kata budak itu.


Hari Isnin dia ke sekolah, cikgu tanya dia tentang perkataan baru.


Cikgu: OK boy, did you get the words?

Budak: Yes, teacher.

Cikgu: Good, what is your first word?

Budak: Shut up you !!!

Cikgu: What did you say? Are you mad? Who do you think you are?

Budak: Superman !!!

Cikgu: Bloody fool! Get out from this class

Budak: Ladies First